MALAM 1 Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam
pertama seperti ia baru lahir, dengan lain perkataan
dosanya diampunkan Allah.
MALAM 2 Diampunkan dosa orang yang sembahyang terawih serta kedua
ibu-bapanya sekiranya kedua mereka orang yang beriman.
MALAM 3 Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan
sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan
dosa engkau.
MALAM 4 Dapat pahala ia sebagaimana pahala orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Qur'an.
MALAM 5 Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang
bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan
Masjid Al-Aqsa.
MALAM 6 Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat
yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf),
serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya
Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan
sembahyang terawih pada malam ini.
MALAM 7 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya
Fir’aun dan Hamman.
MALAM 8 Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih
seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim
'Alaihissalam.
MALAM 9 Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad S.A.W.
MALAM 10 Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan
di dunia dan di akhirat.
MALAM 11 Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baru dilahirkan.
MALAM 12 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(iaitu cahaya ibadatnya).
MALAM 13 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
MALAM 14 Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,
serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
MALAM 15 Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat
dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
MALAM 16 Allah Subhanahu Wata’ala tuliskan baginya terlepas dari
neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
MALAM 17 Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada
malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
MALAM 18 Seru Malaikat, "Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup
atau mati)
MALAM 19 Allah Subhanahu Wata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga
Firdaus.
MALAM 20 Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang solihin.
MALAM 21 Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
MALAM 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita
dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang
Mahsyar).
MALAM 23 Allah Subhanahu Wata'ala binakan kepadanya sebuah bandar
di dalam Syurga.
MALAM 24 Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud).
MALAM 25 Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
MALAM 26 Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam
ini seumpama 40 tahun ibadat.
MALAM 27 Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim
seperti kilat menyambar.
MALAM 28 Allah Subhanahu Wata'ala akan darjatnya 1000 darjat
di akhirat.
MALAM 29 Allah Subhanahu Wata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000
kali haji yang mabrur.
MALAM 30 Allah beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau
ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau
daripada air syurga yang bernama Salsabil, serta minumlah air
daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
yang bernama ‘Al-Kauthar’."
-Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment